Anggota OIC himpun di Turki bincang serangan di NZ

A
A

ISTANBUL - Anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berhimpun di Istanbul pada Jumaat untuk membincangkan mengenai insiden serangan pengganas di New Zealand dan mencari kaedah bagi menangani Islamophobia, lapor agensi berita Anadolu.

Perbincangan turut disertai Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu, Wakil Perdana Menteri New Zealand dan Menteri Luar, Winston Peters serta Setiausaha Agung OIC, Yousef bin Ahmad Al-Othaimeen.

Satu sidang media dijangka diadakan selepas perbincangan.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan turut dijadual berucap pada 11 pagi waktu tempatan (0800GMT).

Jumaat lalu. sekurang-kurangnya 50 umat Islam terbunuh dalam serangan pengganas yang menyerang dua buah masjid di Christchurch dan Brenton Tarrant, 28, kelahiran Australia didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai itu.

Antara yang terbunuh ialah mangsa di bawah umur 18 tahun dan yang cedera masih dirawat di hospital tempatan. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia