Angelina Jolie lawat kanak-kanak Ukraine di Hospital Rom

Angelina Jolie melawat kanak-kanak Ukraine di Hospital Bambino Gesù di Rom pada Rabu. Foto Twitter @angelinajoliekl
Angelina Jolie melawat kanak-kanak Ukraine di Hospital Bambino Gesù di Rom pada Rabu. Foto Twitter @angelinajoliekl
A
A
A

ROM - Pelakon Hollywood dan aktivis hak asasi manusia, Angelina Jolie melawat kanak-kanak Ukraine di Hospital Bambino Gesù di Rom pada Rabu, lapor Agensi Berita Itali (ANSA) pada Khamis.

"Saya berdoa agar perang segera tamat. Itulah satu-satunya cara untuk menghentikan penderitaan dan melarikan diri dari kawasan konflik.

"Sungguh mengerikan apabila melihat kanak-kanak terpaksa menanggungnya, kehilangan nyawa, kesihatan terjejas dan mengalami trauma" katanya.

Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNHCR pada Rabu berkata empat juta rakyat Ukraine kini terpaksa meninggalkan negara itu selepas pencerobohan Rusia. - Bernama

Artikel Berkaitan: