Lelaki murung dikhuatiri lemas

Anggota polis sedang melakukan SAR seorang lelaki yang dipercayai jatuh ke dalam Sungai Kelantan di Jambatan Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada Rabu. - Foto PDRM
Anggota polis sedang melakukan SAR seorang lelaki yang dipercayai jatuh ke dalam Sungai Kelantan di Jambatan Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada Rabu. - Foto PDRM
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki yang mengalami kemurungan dikhuatiri lemas selepas jatuh ke dalam Sungai Kelantan di Jambatan Sultan Ismail Petra, di sini pada Rabu.

Kejadian itu disedari seorang pengguna jambatan berkenaan pada jam 11.15 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, mengikut maklumat daripada keluarga, mangsa yang berusia 43 tahun telah keluar dari rumah dengan menaiki kereta Proton Iswara miliknya.

"Menurut keluarga, sebelum kejadian mangsa didapati berada dalam keadaan kemurungan dan berhalusinasi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong serta Wakaf Bharu.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong serta Wakaf Bharu.

"Selain itu mangsa yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) sedang mendapatkan rawatan susulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Khamis.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong serta Wakaf Bharu sedang dijalankan untuk mengesan mangsa.

Katanya, kawasan pencarian mangsa pada Khamis sudah mencecah sejauh tiga kilometer dari tempat dia dipercayai terjatuh.

Artikel Berkaitan: