Salah beri bayangan bersara

Salah cuba ditenangkan setelah Mesir gagal layak ke Piala Dunia 2022 susulan tewas menerusi penentuan sepakan penalti. Foto fcbarcelonanoticias
Salah cuba ditenangkan setelah Mesir gagal layak ke Piala Dunia 2022 susulan tewas menerusi penentuan sepakan penalti. Foto fcbarcelonanoticias
A
A
A

PENYERANG Liverpool Mohamed Salah memberikan bayangan untuk bersara setelah Mesir gagal mengesahkan slot ke Piala Dunia 2022 apabila tewas 1-3 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Juara Afrika 2022, Senegal ketika aksi kedua bagi pusingan ketiga kelayakan di Stade Me Abdoulaye Wade, pada Rabu.

Menurut Salah, dia mengambil keputusan berkenaan setelah berasa terlalu kecewa gagal membantu Mesir layak ke Piala Dunia.

Malah Salah kesal dengan kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti pertama yang disifatkannya mungkin boleh mengubah keputusan perlawanan.

“Setelah gagal menyempurnakan sepakan penalti yang pertama segala-galanya seakan sudah berakhir buat Mesir. Saya sungguh kecewa.

“Walaupun kecewa, saya rasa dihormati apabila berpeluang untuk bermain bersama rakan-rakan sepasukan saya dan sebelum perlawanan saya sempat menemui mereka bagi memaklumkan bahawa saya gembira bermain bersama mereka yang juga merupakan pemain-pemain terbaik.

“Malah sebelum ini, saya juga pernah bermain dengan pemain-pemain hebat dari Mesir daripada generasi terdahulu seperti Wael Gomaa dan Mohamed Abu Trika dan Abdullah A-Saeed,” katanya.

Pada aksi pertama 26 Mac lalu Mesir tewas 1-3 menerusi penentuan sepakan penalti biarpun menang 1-0 di Stadium Antarabangsa Kaherah, sebelum tewas dengan jaringan sama kepada Senegal di Stade Me Abdoulaye Wade.

Keputusan perlawanan itu sekali gus mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti dan Senegal memanfaatkan peluang berkenaan dengan meledak tiga gol bagi membantu kemaraan skuad Lions Of Teranga itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Menteri Sukan Mesir, Ashraf Sobhi berkata, Salah akan terus beraksi dengan skuad The Pharaoh itu pada masa akan datang.

Katanya, biarpun Salah mengumumkan untuk bersara, namun dia yakin ia bukanlah satu pengumuman yang ‘pasti’ daripada penyerang Liverpool itu.

“Saya tidak rasa yang dia benar-benar mahu bersara dan saya berharap dia terus beraksi untuk Mesir.

“Lagi pun kehadirannya sangat diperlukan sama ada di ketika ini mahu pun pada masa depan,” katanya.