Penuntut kolej maut digilis empat kenderaan

Keadaan motosikal mangsa yang hancur
Keadaan motosikal mangsa yang hancur
A
A
A

PORT DICKSON - Penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) maut dalam keadaan tragis akibat digilis empat kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 14.9, Lebuhraya PLUS, Seremban-Port Dickson, berhampiran Bandar Springhill, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 12.55 tengah malam, mangsa Muhammad Izzul Akmal Azmi, 19, maut dengan keadaan badannya yang hancur.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa bersama dua rakan kelasnya, Awang Fitri Amirul Reza Awang Halil, 19, dan Abdullah Hasyimi Mohd Syukri, 19, masing-masing menunggang motosikal dari arah Seremban menuju Port Dickson.

"Namun sebaik tiba di lokasi, motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas hingga dia terjatuh di atas jalan.

Salah sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan
Salah sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan

"Dua rakan mangsa yang menunggang di belakang tidak sempat mengelak, lalu melanggar mangsa sebelum digilis pula dua kereta jenis Honda," katanya.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua rakannya yang cedera di muka dan badan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di Seremban untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, dua pemandu, Muhammad Fakhrul Arif Suzuki, 25, dan Mohamad Rosli Paimon, 53, pula tidak cedera.

Artikel Berkaitan:

"Berdasarkan alamat, mangsa tinggal di Taman Desa Permai, Pedas, Rembau. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.