Marquez terlepas aksi MotoGP Argentina

Marc Marquez FOTO: AFP
Marc Marquez FOTO: AFP
A
A
A

JUARA enam kali juara MotoGP, Marc Marquez tidak akan beraksi di Grand Prix (GP) Argentina di Autodromo Termas de Rio Hondo awal pagi Isnin ini, kerana masih dalam proses pemulihan masalah penglihatan selepas kemalangan semasa GP Indonesia pada 20 Mac lalu.

Kemalangan yang menimpa pelumba Repsol Honda berusia 29 tahun tersebut berlaku ketika sesi pemanas badan pusingan kedua kejuaraan di Litar Mandalika menyaksikan pelumba Sepanyol itu terpaksa diketepikan daripada aksi perlumbaan.

"Pelumba Repsol Honda Marc Marquez tidak akan beraksi pada pusingan berikutnya... dia akan meneruskan pemulihan masalah penglihatan," kata Honda dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, kali terakhir Marquez muncul juara di Autodromo Termas de Rio Hondo adalah pada kejuaraan 2019 sebelum penularan Covid-19 menyaksikan perlumbaan dibatalkan bagi 2020 dan 2021.

Artikel Berkaitan: