Pasukan lawn bowls UiTM gegar Bukit Kiara

Dari kiri, pasukan lawn bowls UiTM, Farah Irdina, Mohd Nur Shahrin, Alif Saufi dan Mohammad Lokman bersama piala pusingan yang dimenangi pada Kejohanan Lawn Bowls Kuala Lumpur Open Fours 2022 di Kompleks Sukan Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Dari kiri, pasukan lawn bowls UiTM, Farah Irdina, Mohd Nur Shahrin, Alif Saufi dan Mohammad Lokman bersama piala pusingan yang dimenangi pada Kejohanan Lawn Bowls Kuala Lumpur Open Fours 2022 di Kompleks Sukan Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
A
A
A

PASUKAN lawn bowls Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengungguli Kejohanan Lawn Bowls Kuala Lumpur Open Fours 2022 di Kompleks Sukan Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

UiTM dibarisi Farah Irdina Azmi, Muhammad Alif Saufi Shaifudin, Mohammad Lokman Mohd Isa dan Mohd Nur Shahrin Jamaluddin berjaya menewaskan Dami’s Properties Club dibarisi bekas pemain Sukma Negeri Selangor, 11-9.

Terdahulu pada separuh akhir, UiTM menewaskan Sukma Sabah (B) 10-9, manakala Dami’s menewaskan Majlis Perbandaran Klang (MPK) juga 10-9.

Sebanyak 51 pasukan termasuk dari Sabah dan Sarawak menyertai pertandingan tersebut yang terdiri pasukan negeri, persatuan sukan, kelab sukan, jabatan kerajaan, universiti dan pasukan SUKMA negeri.

Antara pasukan yang mengambil bahagian adalah skuad Sukma Sabah, Sarawak, Pulau-Pinang, Perlis, Pahang, Kedah, pasukan PDRM, MPK Universiti Malaya, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), MARDI dan kelab persendirian.

Kemenangan itu membolehkan UiTM membawa pulang hadiah RM6,000 serta piala pusingan selain turut dinobatkan sebagai pasukan terbaik pada kejohanan terbabit.

Dalam pada itu, pemain UiTM, Muhd Nur Shahrin menyifatkan kemenangan tersebut menjadi pembakar semangat untuk pasukan terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa depan.

"Kemenangan ini adalah satu pemangkin dan kejayaan yang terbaik untuk pasukan Lawn Bowls UiTM bagi persiapan menghadapi kejohanan di peringkat institut pengajian tinggi (IPT) Malaysia dan kejohanan terbuka di negara ini," katanya yang juga pengurus pasukan.

Artikel Berkaitan: