Rumah, kenderaan dan khemah rosak dilanda ribut

Khemah pasukan penyelamat di tapak kuari Keramai Pulai turut ranap dalam kejadian ribut. - Foto ihsan pembaca
Khemah pasukan penyelamat di tapak kuari Keramai Pulai turut ranap dalam kejadian ribut. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima empat aduan berkaitan pokok tumbang di beberapa kawasan susulan kejadian ribut di sini pada Selasa.

Kawasan terlibat ialah Greentown di sini, Kampung Gunung Panjang, Gopeng; Batu Karang, Kampar dan Kampung Poh, Bidor.

Jurucakap JBPM Perak memaklumkan, kesemua kejadian yang berlaku antara jam 3.34 petang hingga 6.16 petang tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

"Laporan diterima membabitkan kes pokok tumbang yang menghempap rumah dan kereta serta merintangi jalan.

"Pasukan daripada balai bomba dan penyelamat berhampiran dihantar ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan dan membantu mengalihkan pokok terbabit," katanya.

Sementara itu, khemah pasukan penyelamat di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di tapak kuari Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini turut ranap dilanda ribut.

Fenomena hujan batu yang dilaporkan berlaku di Medan Gopeng di sini tular di laman sosial.

Artikel Berkaitan: