PM terima surat komitmen pelaburan AS$360 juta dari syarikat Qatar

Ismail Sabri menerima surat komitmen untuk pelaburan berjumlah AS$360 juta daripada Pengerusi Agrico Qatar, Ahmed Hussain Al-Khalaf di Al Khor, Qatar pada Isnin. - Foto: Bernama
Ismail Sabri menerima surat komitmen untuk pelaburan berjumlah AS$360 juta daripada Pengerusi Agrico Qatar, Ahmed Hussain Al-Khalaf di Al Khor, Qatar pada Isnin. - Foto: Bernama
A
A
A

DOHA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin menerima surat komitmen untuk pelaburan berjumlah AS$360 juta dari Agrico Qatar.

Surat komitmen itu disampaikan sendiri oleh pengerusi syarikat itu Ahmed Hussain Al-Khalaf pada majlis ringkas melawat ladang sayuran organik, cendawan dan udang milik Agrico di Al Khor, kira-kira 50 kilometer di utara Doha.

Turut hadir Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh.

Terdahulu, Perdana Menteri dan delegasi Malaysia melawat Ladang Baladna milik Baladna Food Indust

Ismail Sabri melihat pemprosesan susu lembu ketika mengadakan lawatan ke Ladang Baladna di Al Khor, Qatar pada Isnin. - Foto: Bernama
Ismail Sabri melihat pemprosesan susu lembu ketika mengadakan lawatan ke Ladang Baladna di Al Khor, Qatar pada Isnin. - Foto: Bernama

ries.

Ketibaan beliau disambut Pengerusi Kumpulan Baladna Food Industries Moutaz Al-Khayyat dan Pengarah Urusannya Ramez Al-Khayyat.

Perdana Menteri turut diberikan taklimat mengenai syarikat itu oleh ahli lembaga bebasnya Aidan Tynan.

Perdana Menteri dan delegasi Malaysia juga telah dibawa melawat pusat pengeluaran susu lembu Holstein berkualiti Baladna, yang menggunakan teknologi perahan ‘rotary’ terkini.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama Menteri Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Qatar Sheikh Dr Faleh bin Nasser bin Ahmad Al-Thani.

Perdana Menteri kini dalam rangka lawatan tiga hari ke Qatar. - Bernama