'Sabar dulu...jangan buka puasa tepi sungai'

Ahmad Yakob - Foto Sinar Harian
Ahmad Yakob - Foto Sinar Harian
A
A
A

KOTA BHARU - Rakyat Kelantan tidak digalakkan berbuka puasa secara beramai-ramai atau berkelah di tepi sungai Kelantan sepanjang Ramadan walaupun akan berada dalam fasa endemik Covid-19 bulan depan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menasihatkan orang ramai membungkus makanan dan berbuka puasa di rumah.

Menurut beliau, setiap individu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

“Bersabarlah... kita akan lebih bebas apabila angka dan keadaan sudah stabil,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Pembangunan Madinah Al- Salam di Tiong, di sini, pada Isnin.

Ahmad (dua dari kiri) merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Madinah Al- Salam di Tiong, Kota Bharu pada Isnin.
Ahmad (dua dari kiri) merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Madinah Al- Salam di Tiong, Kota Bharu pada Isnin.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad.

Beliau berkata, rekod semasa jumlah harian kes jangkitan Covid-19 di negeri ini mencatatkan tiga angka.

“Patuhi arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari masa ke masa dan terus patuhi SOP walaupun menjelang endemik,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menjadi trend rakyat di negeri ini berbuka puasa secara berkelah di kawasan lapang dan tempat rekreasi antaranya Sungai Kelantan, Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Irama ketika pandemik Covid-19.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!