Pemancing ditemui lemas di Sungai Bauto

Mayat mangsa ditemui di kawasan sungai yang cetek iaitu kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian di Sungai Bauto, Telupid.
Mayat mangsa ditemui di kawasan sungai yang cetek iaitu kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian di Sungai Bauto, Telupid.
A
A
A

TELUPID - Seorang pemancing yang hilang sejak Ahad ditemui lemas di Sungai Bauto di sini pada Isnin.

Dalam kejadian jam 10 pagi, mayat Idham Olah, 46, ditemui dalam keadaan tidak berpakaian kira-kira enam kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.43 Ahad dan seramai empat anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 90 kilometer dari BBP Beluran.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa segera dilakukan namun terpaksa ditangguh selepas mangsa tidak ditemui.

"Operasi disambung semula hari ini pada jam 8.20 pagi dan selepas hampir dua jam kemudian, mayat mangsa akhirnya ditemui terapung di kawasan sungai yang cetek kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian.

"Mangsa juga ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan kita percaya pakaian mangsa telah dibawa arus berikutan keadaan sungai yang deras," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, dengan penemuan mayat mangsa itu, operasi kemudian ditamatkan pada jam 11.05 pagi.

"Mayat mangsa turut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan: