Soon Huat-Shevon naib juara Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon - Foto Badminton
Soon Huat-Shevon - Foto Badminton
A
A
A

IMPIAN beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk melakar kejuaraan sulung musim ini tidak kesampaian apabila tunduk mengalah dalam perlawanan akhir Terbuka Switzerland di St Jakobshalle Basel pada Ahad.

Soon Huat-Shevon pilihan keenam yang bermula garang terlebih dulu menguasai set pertama untuk menang 21-12 ke atas pasangan dari Jerman Mark Lamsfuss-Marvin Seidel.

Bagaimanapun momentum positif itu gagal diteruskan pada set kedua apabila Lamsfuss-Seidel pilihan kelapan yang tiada pilihan kecuali menang mula mempamerkan belang untuk memenangi pertarungan sengit dengan kemenangan 21-18.

Pada set penentuan, kedua-dua beregu saling bertukar mata, namun pengalaman dan ketenangan ternyata berpihak kepada Lamsfuss-Seidel berstatus nombor 15 dunia untuk menunjukkan jalan pulang kepada lawan mereka yang berkedudukan 13 dunia dengan kemenangan 21-17 dalam masa 65 minit.

Artikel Berkaitan: