'Tak perlu kurang penjawat awam, guna secara optimum'

Dr Raduan ketika bercakap dalam program Wacana Sinar di Dewan Karangkraf, semalam. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Dr Raduan ketika bercakap dalam program Wacana Sinar di Dewan Karangkraf, semalam. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Saiz penjawat awam tidak semestinya dikurangkan namun tenaga kerja sedia ada perlu digunakan secara optimum.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Prod Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, penjawat awam tidak boleh lagi terlalu terikat kepada skop kerja tertentu sebaliknya mesti mempelbagaikan fungsi mereka.

"Saya lebih percaya kepada penggunaan sepenuhnya sumber manusia. Dahulu penjawat awam terikat kepada skop kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Saiz penjawat awam terlalu besar, perlu dikurangkan: Tun M

"Sudah tiba masanya kita kena pelbagaikan skil dan fungsi. Tidak semestinya kita kena kurangkan saiz penjawat awam tapi gunakan sumber tenaga yang ada supaya benar-benar berfungsi," katanya dalam Wacana Sinar Harian ke-96 berjudul 'Penjawat Awam Terlalu Ramai?', semalam.

Menurut beliau, kerajaan tidak perlu gusar dengan kos yang besar untuk menampung penjawat awam kerana ia sebenarnya satu bentuk pelaburan kepada negara.

Hal ini kerana, katanya, perkhidmatan awam adalah pelaksana utama kepada polisi dan program kerajaan yang akan merancakkan keseluruhan ekonomi negara.

"Apa yang jadi kebimbangan kerajaan ialah kos untuk mengurus atau membiayai perkhidmatan awam. Tetapi saya lebih percaya kepada bagaimana kita menggunakan kepakaran urus tenaga itu untuk mendapat pulangan yang lebih efektif kepada negara.

Artikel Berkaitan:

"Sebab ia dianggap sebagai pelaburan negara untuk menjana ekonomi secara keseluruhannya. Kalau kita pegang formula itu, apa yang kita laburkan itu bukan hangus, untuk menentukan supaya negara ini benar-benar dipacu dengan berpaksikan perkhidmatan awam," katanya.