Rusia dakwa hanya 1,351 askarnya terbunuh di Ukraine

Rusia mendakwa hanya 1,351 askarnya maut dalam pertempuran di Ukraine. - Foto EPA
Rusia mendakwa hanya 1,351 askarnya maut dalam pertempuran di Ukraine. - Foto EPA
A
A
A

MOSCOW - Seramai 1,351 askar Rusia dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di Ukraine yang dicerobohnya pada hujung bulan lalu.

Angka itu didedahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Turus Tentera Rusia, Jeneral Sergey Rudskoy pada Jumaat lalu.

Rudskoi turut menyatakan bahawa seramai 3,825 askar Rusia cedera sejak permulaan operasi ketenteraan khas di Ukraine pada 24 Februari lepas.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa peringkat pertama misi Rusia di Ukraine telah dicapai dan menyatakan pertempuran tentera Ukraine telah dikurangkan dengan ketara.

Rudskoi menyatakan keadaan sedemikian membolehkan pasukan tentera Rusia menumpukan usaha utamanya untuk mencapai matlamat asas, iaitu pembebasan wilayah Donbass.

Dalam pada itu, menurut Rusia, lebih 14,000 anggota tentera Ukraine terbunuh manakala kira-kira 16,000 lagi cedera.

Sebelum ini, tabloid Komsomolskaya Pravda di Rusia mendedahkan pada 21 Mac lalu bahawa hampir 10,000 askar Rusia telah terbunuh dalam perang Ukraine sebelum ia segera mengeluarkan maklumat tersebut daripada versi taliannya di internet. - Agensi

Artikel Berkaitan: