Pembukaan sempadan: ATM sentiasa siap siaga

Affendi - Foto Bernama
Affendi - Foto Bernama
A
A
A

CYBERJAYA - Kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada pada tahap tinggi untuk menghadapi sebarang kemungkinan apabila sempadan negara kembali dibuka pada 1 April ini, kata Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

"ATM sentiasa kekal bersedia mengukuhkan kawalan di sempadan negara sepanjang masa," katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan Ekspo Usahawan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 2022 di sini pada Sabtu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lepas mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik dan membuka semula sempadan negara mulai 1 April.

Affendi berkata, pihaknya sedang menunggu perincian mengenai protokol pembukaan sempadan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membolehkan ATM melaksanakan gerak kerja berdasarkan protokol tersebut.

Dalam perkembangan lain, Affendi berkata,48.2 peratus veteran ATM terlibat dalam perniagaan selepas tamat perkhidmatan bagi meningkatkan tahap sosioekonomi mereka. - Bernama

Artikel Berkaitan: