Sindiket pengedaran arak seludup tumpas, 3 lelaki Bangladesh ditahan

Tiga lelaki Bangladesh disyaki ahli sindiket ditahan dalam serbuan Op Kontraban pada Jumaat.
Tiga lelaki Bangladesh disyaki ahli sindiket ditahan dalam serbuan Op Kontraban pada Jumaat.
A
A
A

CHERAS - Satu sindiket pengedaran arak seludup tumpas dengan tertangkapnya tiga lelaki Bangladesh dalam serbuan Op Kontraban di sebuah premis di Taman Perindustrian Alfa Impian, Balakong di sini pada Jumaat.

Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Deputi Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, sindiket tersebut bergerak aktif di sekitar Lembah Klang dan menggunakan premis di kawasan perindustrian sebagai stor.

"Serbuan tersebut telah berjaya menahan tiga orang ahli sindiket yang merupakan lelaki warganegara Bangladesh berumur 30 tahun hingga 41 tahun.

"Polis turut merampas 460 kotak mengandungi 5,520 botol arak pelbagai jenama, dua buah van, sebuah kereta Honda Jazz, 224 setem kastam disyaki tiruan dan tiga buah telefon bimbit disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti pengedaran arak tidak bercukai," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM338,720.

"Serbuan ini telah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran arak tidak bercukai di sekitar Lembah Klang," katanya.

Artikel Berkaitan: