Rusia-Ukraine buat pertukaran tahanan Perang Ukraine

Iryna Vereshchuk - Foto Twitter
Iryna Vereshchuk - Foto Twitter
A
A
A

KIEV - Rusia dan Ukraine mengesahkan telah membuat pertukaran tahanan perang pada Khamis.

Ia dikatakan pertama kali dilakukan sejak Moscow mengarahkan tenteranya menyerang negara berkenaan pada bulan lalu.

"Mengikut perintah Presiden Volodymyr Zelenskyy, pertukaran tawanan perang pertama telah dilakukan dengan sepenuhnya," menurut Naib Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk menerusi Facebook.

"Sebagai pertukaran untuk 10 tahanan (Rusia) yang ditangkap, kami menyelamatkan (menukarkan dengan) seramai 10 anggota tentera kami," katanya seperti dilaporkan AFP yang merujuk kepada tentera Rusia dan Ukraine.

Vereshchuk juga memberitahu bahawa 11 pelaut awam Rusia yang diselamatkan berhampiran bandar pelabuhan Laut Hitam, Odessa ditukar dengan 19 anggota kru kapal awam Ukraine yang ditahan oleh Moscow.

Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Rusia, Tatiana Moskalkova mengesahkan maklumat tentang pertukaran seramai 10 anggota tentera Rusia yang ditahan di wilayah Ukraine dengan 10 anggota tentera dari negara yang diceroboh itu.

Beliau juga mengesahkan terdapat pertukaran pelaut awam Rusia untuk pelaut awam Ukraine.

Kementerian Luar Rusia menyatakan pada awal minggu ini bahawa Moscow telah menyelesaikan dua pertukaran tahanan sejak melancarkan pencerobohan ke Ukraine akhir bulan lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: