TH sambut baik keputusan Arab Saudi tarik balik sekatan

TH menyambut baik pengumuman kerajaan Arab Saudi menarik balik beberapa sekatan berkaitan Covid-19. Gambar kecil: Amrin
TH menyambut baik pengumuman kerajaan Arab Saudi menarik balik beberapa sekatan berkaitan Covid-19. Gambar kecil: Amrin
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan kerajaan Arab Saudi menarik balik sekatan berkaitan Covid-19 adalah susulan situasi negara tersebut bertambah baik.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, pihaknya juga yakin kerajaan Arab Saudi telah meneliti pelbagai aspek bagi memastikan keselamatan penduduk serta jemaah umrah dan haji terjamin.

“Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik pengumuman kerajaan Arab Saudi menarik balik beberapa sekatan berkaitan Covid-19 termasuk perjalanan, penjarakan fizikal, ujian antigen pantas dan kuarantin wajib ke negara tersebut.

“Walau bagaimanapun, rakyat dan pelancong luar masih perlu memakai pelitup muka di kawasan tertutup,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Pada Isnin, Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan Covid-19, termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu.

Menerusi catatan di akaun Twitter rasminya pada Isnin, sekatan yang dimansuhkan termasuk penyerahan sijil vaksinasi Covid-19 dan ujian PCR, sebelum atau semasa ketibaan di Arab Saudi.

Langkah itu diambil susulan penurunan kes dan kadar vaksinasi mencapai 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas

Artikel Berkaitan: