RUU Anti Lompat Parti dibentang pada Ramadan

Tangkap layar hantaran Facebook Anthony pada Rabu.
Tangkap layar hantaran Facebook Anthony pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti akan dibentangkan di Dewan Rakyat melalui satu Persidangan Khas pada bulan Ramadan ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat bersama pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, agenda utama mesyuarat tersebut ialah berkenaan status pembentangan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk menghalang tindakan melompat parti dalam kalangan wakil rakyat yang merupakan salah satu syarat utama dalam MoU Persefahaman di antara kerajaan Persekutuan dan PH.

“Perdana Menteri telah memberikan komitmen bahawa RUU Pindaan Perlembagaan tersebut akan dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat melalui satu Persidangan Khas semasa bulan Ramadan akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Mesyuarat tersebut dihadiri Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution yang mewakili Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani kuarantin di rumah.

Justeru, beliau berkata, segala isu teknikal dan takrifan perlu diselesaikan oleh Jawatankuasa Teknikal Bi-partisan dalam masa yang terdekat.

“Kami memberikan komitmen penuh bahawa pihak PH akan memberikan kerjasama untuk memastikan Pindaan Perlembagaan tersebut dapat diluluskan dan melarang sebarang tindakan melompat parti,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: