Subahan akui Selangor terima bantuan TMJ

Subahan
Subahan
A
A
A

BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal mengesahkan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada The Red Giants.

Subahan berkata, sumbangan diberikan Tunku Ismail itu disalurkan kepada pasukan Selangor semasa beliau menjadi Presiden FAS dari tempoh 2017-2018.

"Semua pemain Selangor ketika itu amat menghargai keprihatinan baginda yang sentiasa mengambil berat mengenai hal ehwal kebajikan pemain dan pasukan bola sepak tempatan.

"Sekali lagi, di atas budi baginda kepada FAS, saya secara peribadi mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang diberikan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau memberi maklum balas berhubung ciapan Twitter Tunku Ismail semalam (21 Mac) mengenai bantuan kewangan kepada lima pasukan Liga Malaysia (Liga-M) termasuk Selangor.

Subahan yang kini Presiden Petaling Jaya City FC berkata, Tunku Ismail mempunyai semangat tinggi terhadap bola sepak Malaysia dan sentiasa menunjukkan daya kepimpinan tinggi, proaktif serta sentiasa mahu melihat kemajuan pasukan-pasukan bola sepak di negara ini.

Terdahulu, Tunku Ismail mengesahkan bantuan yang diberikan kepada Selangor adalah pada zaman pengurusan yang diterajui Subahan.

"Saya memberi bantuan pada masa Dato Subahan dulu. Zaman Selangor masih hebat dan champion.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang ni semenjak Raja Muda Selangor ambil alih dengan expert (pakar) bola sepak tanah air dan terima banyak bantuan duit daripada kerajaan maka mereka tak perlu bantuan.

"Syabas saya ucapkan," kata Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu menerusi akaun Twitternya.