Azam Baki perlu dihadap ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Salahuddin
Salahuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk disoal siasat.

Gesaan itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub berikutan isu membabitkan pemilikan saham yang dimilikinya dengan jumlah yang mencurigakan.

"Saya menggesa Ketua SPRM dihadapkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas untuk disoal siasat berkaitan isu pemilikan saham dalam jumlah yang mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Januari lepas, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) memutuskan satu mesyuarat memanggil Azam untuk menjelaskan isu berhubung pemilikan saham beliau.

Bagaimanapun, prosiding yang dirancang pada 19 Januari itu ditangguhkan dan Pengerusi PSC, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, pihaknya akan merujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Parlimen berikutan terdapat beberapa isu perundangan yang memerlukan pandangan undang-undang terlebih dahulu sebelum ia diteruskan.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) turut mencadangkan sistem pendakwaan (Impeachment System) di Dewan Kongres seperti di Amerika Syarikat diwujudkan di Parlimen.

“(Ia bertujuan) agar menteri-menteri atau kakitangan awam dapat dipanggil untuk memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa Khas Parlimen sekiranya terdapat salah laku dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Tambah Salahuddin, beliau turut mengesyorkan Jawatankuasa Pilihan Khas Integriti diwujudkan di Dewan Rakyat sepertimana yang telah diwujudkan di Dewan Negara.

Artikel Berkaitan: