Sultan Ibrahim rasmi Stesen Jana Kuasa SPG

Sultan Ibrahim merasmikan Stesen Janakuasa Southern Power Generation (SPG) yang dimasyhurkan sebagai Sultan Ibrahim Power Plant di Pasir Gudang, di sini pada Selasa.
Sultan Ibrahim merasmikan Stesen Janakuasa Southern Power Generation (SPG) yang dimasyhurkan sebagai Sultan Ibrahim Power Plant di Pasir Gudang, di sini pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan merasmikan Stesen Jana Kuasa Southern Power Generation (SPG) yang dimasyhurkan sebagai Sultan Ibrahim Power Plant di Pasir Gudang, di sini pada Selasa.

Stesen jana kuasa terbabit merupakan loji janakuasa komersial pertama di dunia menggunakan turbin gas berteknologi paling cekap dihasilkan oleh General Electric (GE).

Teknologi pembakaran bahan api gas aslinya mampu menghasilkan 60 peratus tenaga elektrik dan kecekapan turbin gas berteknologi tinggi ini mampu menyumbang kepada pengurangan jejak karbon.

Turut berkenan berangkat, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

SPG yang berkonsepkan kitar padu telah siap sepenuhnya dan memulakan operasi komersial pada 1 Januari 2021.

Pembinaan SPG dengan kos RM4.7 bilion ini adalah gabungan usaha sama di antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan SIPP Energy Sdn Bhd.

Ia menjadi satu mercu tanda pembangunan industri penjanaan elektrik di Johor dan selatan tanah air.

Dengan beroperasinya stesen jana kuasa tersebut, ia secara tidak langsung merancakkan dan menggalakkan lagi usaha pelaburan dari dalam dan luar negara.

Artikel Berkaitan:

Stesen terbabit juga menyediakan infrastruktur pembekalan tenaga elektrik yang mencukupi, berdaya harap serta stabil, sekaligus mampu meyakinkan pelabur untuk mengeluarkan modal menjalankan perniagaan di Johor.