Lelaki bawa dadah ke pejabat MP Kepong direman

Lelaki tersebut digari polis setelah membawa dadah ke pejabat Ahli Parlimen Kepong.
Lelaki tersebut digari polis setelah membawa dadah ke pejabat Ahli Parlimen Kepong.
A
A
A

KEPONG - Seorang lelaki yang membawa dadah ke Pejabat Parlimen Kepong ditahan reman dua hari sehingga esok di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata, lelaki itu ditahan bersama dadah jenis methamphetamine dianggarkan seberat 19 gram.

Menurutnya, tindakan di ambil sejurus menerima laporan daripada Pegawai Khas Ahli Parlimen Kepong, Lai Chun Chian ke atas suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan.

"Laporan diterima lebih kurang jam 5 petang mengenai kehadiran seorang lelaki yang dipercayai dibawah pengaruh dadah telah membawa dadah disyaki syabu atau methamphetamine ke pejabat Ahli Parlimen Kepong.

"Susulan laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sentul telah pergi ke Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kepong menahan suspek bersama dadah yang dibawa," katanya.

Katanya, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah.

[ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/19363/EDISI/Selangor-KL/Lelaki-bawa-dadah-ke-pejabat-MP-Kepong]

Artikel Berkaitan: