Kes bunuh, bakar: Pengawal keselamatan disambung reman

Muhammad Idzam meninjau anggota polis yang hadir dalam Program Derma Darah sempena Hari Polis Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, pada Isnin.
Muhammad Idzam meninjau anggota polis yang hadir dalam Program Derma Darah sempena Hari Polis Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan yang disyaki terlibat dalam kes bunuh dan bakar seorang wanita di sebuah sekolah menengah di Cheras disambung reman lagi enam hari.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, lelaki berusia 34 tahun itu disambung reman bermula pada Ahad hingga Jumaat ini.

"Kertas siasatan sudah 95 peratus selesai, sebelum ia diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada hari ini atau esok untuk arahan pertuduhan.

"Setakat ini, polis sudah merakam keterangan seramai 37 individu untuk membantu siasatan berkaitan kes tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Derma Darah sempena Hari Polis Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, pada Isnin.

Muhammad Idzam memaklumkan, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Pada Ahad, media melaporkan mayat penyelia kedai buku berusia 25 tahun itu ditemui dalam kebakaran di bengkel pertanian kemahiran hidup selepas menerima laporan kejadian pada jam 6.04 petang, Sabtu.

Polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: