Barcelona pesta gol di Bernabeu

Aubameyang (kanan) meraikan jaringannya ketika membantu Barcelona menewaskan Real Madrid di Santiago Bernabeu awal pagi Isnin.
Aubameyang (kanan) meraikan jaringannya ketika membantu Barcelona menewaskan Real Madrid di Santiago Bernabeu awal pagi Isnin.
A
A
A

PENGENDALI Barcelona, Xavi Hernandez memuji persembahan yang ditampilkan anak buahnya ketika menewaskan Real Madrid, 4-0 dalam aksi El Clasico di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.

Menurut Xavi, dia menyifatkan kemenangan keatas Real sangat penting dalam misi membina Barcelona yang lebih baik.

"Saya sangat gembira dengan apa yang ditunjukkan pemain. Pasukan telah menunjukkan bahawa mereka pemain bola sepak yang hebat dan ia sangat bermakna buat saya.

"Meskipun saya jurulatih baharu, kemenangan ini sangat penting dalam membantu saya untuk mengubah pasukan menjadi lebih hebat.

"Saya percaya sekiranya Barcelona mengekalkan gaya permainan seperti ini, tidak mustahil mereka akan jadi pasukan yang digeruni selepas ini," katanya.

Pada perlawanan tersebut, skuad kendalian Xavi mendominasi permainan pada babak pertama apabila mendahului menerusi dua gol Pierre-Emerick Aubameyang dan Ronald Araujo.

Rentak cemerlang itu diteruskan pada babak kedua perlawanan apabila Ferran Torres dan Aubameyang melengkapkan pesta gol Barcelona.

Kemenangan tersebut menyaksikan Barcelona berjaya menamatkan lima kekalahan berturut-turut bertemu Real dan kini berada di kedudukan ketiga dalam saingan La Liga dengan mengumpul 54 mata.

Artikel Berkaitan: