Ketua Chechnya puji askarnya selamatkan orang awam

Sifat keberanian askar-askar Chechnya dipuji ketika merrka bertempur dengan tentera Ukraine. - Foto Agensi
Sifat keberanian askar-askar Chechnya dipuji ketika merrka bertempur dengan tentera Ukraine. - Foto Agensi
A
A
A

MARIUPOL - Ketua Republik Chechnya, Ramzan Kadyrov baru-baru ini memuji sikap profesional anggota-anggota tenteranya dan Donetsk yang berjuang untuk Rusia dalam Perang Ukraine.

Beliau yang merupakan pemimpin pro-Rusia mengucapkan terima kasih kepada anggota-anggota tenteranya dan Donetsk kerana berjaya menyelamatkan sejumlah penduduk awam di bandar Mariupol dari bangunan kediaman dalam pertempuran dengan askar-askar Ukraine.

Menurutnya, dalam pertempuran tersebut, semua orang adalah sama ketika berdepan dengan peluru musuh termasuklah askar-askar biasa tanpa mengira pangkat mereka.

Ramzan turut memuji keberanian askar-askarnya yang terus berjuang walaupun di tengah-tengah bunyi letupan peluru di bandar berkenaan.

Sebelum ini, beliau berkata, askar-askar Chechnya sedang membebaskan bangunan demi bangunan di bandar itu daripada para pejuang Ukraine.

Kadyrov turut menyatakan bahawa anggota-anggota Batalion Kebangsaan Azov Ukraine yang pernah diharamkan oleh Rusia menduduki tingkat atas bangunan kediaman yang kemudian menuduh askar-askar Rusia menembak orang awam dan kemudian menukarkan pakaian seragam mereka semata-mata untuk melarikan diri. - Agensi

Artikel Berkaitan: