Quartararo mula petak depan di MotoGP Indonesia

Fabio Quartararo. Foto AFP
Fabio Quartararo. Foto AFP
A
A
A

JUARA dunia, Fabio Quartararo dari Yamaha, akan mengemudi perlumbaan Moto Grand Prix (GP) Indonesia selepas tampil dengan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Mandalika.

El Diablo berusia 22 tahun kelahiran Nice bumi Perancis memahat catatan masa 1:31.067 saat (s), mengakhiri perlumbaan di Qatar sebelum ini di kedudukan kesembilan sambil diikuti dua pelumba Ducati, Jorge Martin (1:31.280s) dan Johann Zarco (1:31.378s) untuk kedudukan kedua serta ketiga.

Pelumba KTM, Brad Binder pula keempat dengan catatan masa 1:31.433s manakala juara GP Qatar, Enea Bastianini atau La Bestia pelumba Ducati keempat 1:31.504s.

Sementara itu, juara dunia lapan kali dari Honda, Marc Marquez yang dikenali El Tro de Cervera pula dikedudukan ke-15 selepas mencatatkan masa 1:31.850s.

Artikel Berkaitan: