Terlalu awal menilai Penang FC

Adib bersama pemain Penang FC lain. - Foto Penang Football Club
Adib bersama pemain Penang FC lain. - Foto Penang Football Club
A
A
A

PEMAIN tengah, Adib Abdul Ra’op yakin Penang FC pimpinan Tomas Trucha berpotensi mengulangi pencapaian musim lalu walaupun bermula perlahan di awal musim apabila menamatkan tempat ketiga Liga Super sebelum ini.

“Masih terlalu awal untuk perkatakan peluang Penang pada musim ini kerana kami baharu sahaja lalui dua perlawanan dengan aksi pertama berdepan JDT.

“Tambahan kami hanya turun dengan tiga pemain import ekoran Casagrande dan Endrick digantung dalam dua perlawanan berkenaan.

“Saya rasa kami boleh peroleh keputusan lebih baik selepas melalui beberapa perlawanan lagi, tambahan masa rehat yang ada ini boleh digunakan sepenuhnya untuk pasukan perbaiki kelemahan,” katanya.

Untuk rekod, Penang kendalian Trucha tewas 0-1 kepada JDT dalam aksi pembukaan di Stadium Sultan Ibrahim sebelum terikat seri 1-1 berdepan Melaka United FC di Stadium Bandaraya pada perlawanan kedua.

Skuad asuhan Trucha akan berdepan Sarawak United FC dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri pada 5 April depan.

Sementara itu, Adib tidak menyangka mampu meraih tempat dalam kesebelasan utama Penang FC pada awal musim ini walaupun hadir sebagai antara muka baharu bersama skuad Harimau Kumbang tersebut.

Justeru, dia berazam tidak mahu mensia-siakan peluang diberikan selain mahu kekal konsisten dalam tiap perlawanan bagi membantu cabaran Haria Penang Haria musim ini.

Artikel Berkaitan:

“Sangat bersyukur kerana saya diturunkan dalam kesebelasan utama dalam tiga perlawanan lepas, ini satu permulaan baik bersama Penang. Saya rasa buat keputusan tepat untuk hadir ke sini dalam kembangkan lagi karier ke satu tahap yang lebih baik.

“Walaupun begitu, saya masih belum berpuas hati dengan tahap permainan saya kerana masih cuba memahami corak permainan pasukan selain mencari keserasian dengan pemain baharu.

“Saya juga faham jangkaan tinggi dari penyokong Penang namun saya akan berusaha dari tiap perlawanan yang dilalui untuk memberikan impak kepada pasukan,” katanya.

Pemain berusia 23 tahun pada musim lalu antara bakat muda menyerlah bersama The Bos Gaurus selepas pemergian beberapa pemain utama di pertengahan musim seperti J Partiban, Kenny Pallraj dan Nazirul Naim Che Hashim.

Adib menjaringkan dua gol dalam empat penampilan bersama Perak FC II, membuat 24 kemunculan bersama Perak selain meledak satu jaringan.