Guan Eng sokong bina jambatan baharu ke Singapura

Lim Guan Eng - FOTO ZAHID IZZANI
Lim Guan Eng - FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR – Idea Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menambah bilangan jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Singapura disokong Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, Guan Eng memberitahu hasrat Malaysia itu perlu mendapat persetujuan bersama dari Singapura.

“Kita perlu dapatkan persetujuan dari Singapura, kita tak boleh suka-suka bina.

“Kita kena runding dengan Singapura dan mendapat persetujuan tetapi seperti saya sebut tadi memang saya sokong pandangan ini kerana ada keperluan untuk lagi satu jambatan,” katanya ketika sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Pada 19 Mac lalu, Dr Mahathir berkata, Malaysia dan Singapura memerlukan sekurang-kurangnya tiga lagi jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara.

Ini kerana, sebagai perbandingan, katanya Pulau Pinang yang mempunyai jumlah penduduk lebih rendah daripada Singapura sudah memiliki dua jambatan dan bakal membina terowong.

“(Pulau Pinang) pada mulanya menolak cadangan pembinaan jambatan yang pertama. Namun, kemudian kerajaan membina jambatan yang kedua dan kini kami mahu membina terowong bagi menghubungkan tanah besar dan pulau di negeri itu.

“Trafik di Singapura adalah lebih besar dan sibuk berbanding Pulau Pinang, (tetapi) kita hanya mempunyai sebuah jambatan dan tambak. Kita memerlukan sekurang-kurangnya tiga ke empat jambatan baharu. Namun, untuk beberapa sebab yang saya tidak dapat faham, Singapura tidak mahu jambatan lagi.

Artikel Berkaitan:

“Kita sedang cuba membina hubungan komunikasi yang lebih baik dengan Singapura dan sedang berunding untuk mencari apakah penyelesaian terbaik dalam isu ini,” katanya.