370,000 peluang pekerjaan di Proton City

Ismail Sabri Foto: Bernama
Ismail Sabri Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak RM32 bilion akan dilaburkan bagi membangunkan Automotive High-Technology Valley (AHTV) di Proton City, Tanjung Malim, Perak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaburan baharu daripada DRB-Hicom berkenaan bakal mewujudkan 370,000 peluang pekerjaan sepanjang fasa pembangunan serta 161,000 sepanjang fasa operasi.

Selain itu katanya, kerajaan juga memperkenalkan Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia, dengan nilai keseluruhan berjumlah RM40 bilion.

“Ia sekali gus memperbanyakkan akses pembiayaan kepada sektor perniagaan terutama untuk pengusaha Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan sektor informal seperti peniaga-peniaga kecil.

“Melalui program ini, contohnya, kerajaan menyediakan Skim Pembiayaan Informal dan Mikro atau SPIM dan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional atau CBRM, akan menawarkan pinjaman sehingga RM10,000 tanpa faedah.

“Saiz dana untuk program ini sahaja berjumlah RM200 juta,” kata Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO ketika penggulungan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini pada Sabtu.

Tambah Ismail Sabri, bagi usahawan agro-makanan pula, skim mikro kredit oleh Agrobank akan menawarkan pinjaman sehingga RM75,000 tanpa faedah berserta kemudahan moratorium sehingga enam bulan.

Artikel Berkaitan: