Sila log masuk terlebih dahulu.

Mayat lelaki ditemukan terapung dalam sungai

Mayat seorang lelaki berusia 37 tahun ditemukan dalam keadaan terapung di sungai berhampiran Jambatan Pasir Tumboh, Kota Bharu pada Jumaat. - Foto ihsan pembaca
Mayat seorang lelaki berusia 37 tahun ditemukan dalam keadaan terapung di sungai berhampiran Jambatan Pasir Tumboh, Kota Bharu pada Jumaat. - Foto ihsan pembaca
A
A
A
KOTA BHARU - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terapung di sungai berhampiran Jambatan Pasir Tumboh, di sini pada Jumaat.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Norazmie Mohd Kasim, 37, beralamat di Kampung Pasar Lama, Pasir Tumbuh, Kubang Kerian itu ditemukan pada jam 6.30 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, sejurus menerima panggilan berhubung kejadian itu, sepasukan anggota telah dihantar ke lokasi untuk tindakan lanjut.

"Sebaik sahaja tiba di lokasi, pihak kami mendapati mayat seorang lelaki telah ditemukan dalam keadaan terapung di tengah-tengah sungai di antara kaki jambatan tersebut.

"Jarak penemuan mayat itu kira-kira 20 meter dari tebing sungai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Menurutnya, semasa ditemukan mayat lelaki itu lengkap berpakaian seluar jeans dan baju kot berwarna hitam.

Beliau berkata, pemeriksaan fizikal luaran ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah ditemui.

Mohd Suhaimi berkata, mayat lelaki berkenaan kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Caption
Artikel Berkaitan:


Mayat seorang lelaki berusia 37 tahun ditemukan dalam keadaan terapung di sungai berhampiran Jambatan Pasir Tumboh, Kota Bharu pada Jumaat.