Buruh direman, ugut bunuh keluarga

Suspek direman 4 hari untuk siasatan lanjut.
Suspek direman 4 hari untuk siasatan lanjut.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Buruh direman 4 hari selepas dipercayai mengugut mahu membunuh ahli keluarganya selain merosak dan membakar barang di dalam rumah, dalam kejadian di Chendering, di sini, semalam.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, suspek berusia 26 tahun itu dikatakan secara tiba-tiba mengamuk dengan membaling barang di dalam rumah keluar dari rumah.

Menurut sumber, suspek yang ketika itu bersenjatakan sebilah parang turut mengugut mahu membunuh ahli keluarganya yang berada di rumah.

Katanya, suspek kemudian masuk ke dalam bilik sebelum bertindak membakar barang-barang dan beberapa dokumen yang ada.

"Ibu suspek berusia 47 tahun memaklumkan sebelum ini, suspek selalu mengatakan mahu membakar rumah sekiranya setiap kali mengamuk.

"Melihat keadaan suspek yang semakin tidak terkawal itu, ibu suspek mendapatkan bantuan abang iparnya bagi memaklumkan kejadian itu kepada polis.

"Susulan laporan diterima, polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum berjaya menahan suspek di rumahnya kira-kira jam 10.30 pagi hari sama," katanya.

Artikel Berkaitan: