30 individu dikompaun RM30,000, 52 ditahan langgar SOP

30 individu dikompaun RM30,000 manakala 52 pendatang asing ditahan dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, pada Khamis.
30 individu dikompaun RM30,000 manakala 52 pendatang asing ditahan dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 30 individu termasuk seorang pengurus pusat hiburan dikompaun secara keseluruhan RM30,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan di sebuah premis di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis turut menahan seramai 52 warga asing dalam operasi penguatkuasaan SOP berkenaan.

"Seramai 82 individu diperiksa terdiri daripada sembilan lelaki tempatan dan 21 wanita tempatan, 27 lelaki warga asing dan 25 wanita warga asing berusia dalam lingkungan 19 hingga 49 tahun.

"Kesemua 30 orang warga tempatan yang terdiri daripada pengunjung dan pengurus premis telah dikompaun sebanyak RM1,000 seorang,"katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Noor Dellhan berkata, 52 warga asing pula ditahan untuk membantu siasatan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Langkah-Langkah Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 2021.

"Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Artikel Berkaitan: