[VIDEO] UMNO perlu bangkit seperti seorang anak jantan

Ahmad ketika berucap pada Majlis Pembukaan PAU 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ahmad ketika berucap pada Majlis Pembukaan PAU 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO perlu bangkit seperti seorang anak jantan dan jangan menangis teresak-esak apabila jatuh seperti seorang anak kecil, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, berikutan kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), parti tersebut harus bangkit bagi mendapatkan semula mandat pada PRU15 akan datang.

“Jangan menangis teresak-esak bila jatuh seperti seorang anak kecil, namun kita mesti bangun dan terus bangkit seperti seorang anak jantan.

“Semangat UMNO Bangkit yang dipelopori Datuk Seri Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) telah menghasilkan banyak kejayaan,” katanya ketika berucap pada majlis pembukaan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pontian itu berkata, sebelum ini UMNO telah berjaya memenangi tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK) dan terkini dua Pilihan Raya Negeri iaitu Melaka dan Johor.

“Sesungguhnya kita telah bangkit, bangun dan melawan seperti seorang pahlawan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata, selepas tamatnya perhimpunan tersebut, semua ahli UMNO perlu bersedia menghadapi peperangan politik PRU15 kelak.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan jentera untuk menyusun rapi strategi pergerakan dalam menghadapi pilihan raya tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Bila selesai perhimpunan ini, maka kita mesti bersiap siaga, demi Agama, Bangsa dan Tanah Air (ABATA), malah bersedia untuk menghadapi peperangan politik PRU15.

“Jentera yang tersusun rapi dengan langkah yang berstrategi, Insya-ALLAH akan memberikan kita kemenangan,” katanya.