Krisis Rusia-Ukraine: Bayi dipindah ke pusat penjagaan bawah tanah

Petugas hospital duduk di bilik bawah tanah bagi melindungi diri daripada serangan bom di Brovary, utara Kiev. - Foto AP
Petugas hospital duduk di bilik bawah tanah bagi melindungi diri daripada serangan bom di Brovary, utara Kiev. - Foto AP
A
A
A

KIEV -Rakyat Ukraine terus hidup dalam serba ketakutan.

Jururawat di salah sebuah wad bayi di Kiev terpaksa memindahkan lebih 20 bayi ke ruangan bawah tanah yang telah diubah suai menjadi tempat perlindungan sementara yang mana ia boleh menawarkan penjagaan 24 jam kepada kanak-kanak tersebut.

Kebanyakan ibu bapa kepada bayi tersebut berada di luar negara dan tidak dapat bersama anak mereka susulan pertempuran yang berlaku.

Ruang udara Ukraine ditutup kepada penerbangan komersial atas faktor keselamatan, seterusnya menjadi bayi terbabit terperangkap di bandar berkenaan.

Dalam pada itu pengasuh bayi terdiri daripada jururawat, kakitangan pembersihan dan dapur yang bekerja di pusat itu.

Ia ketika ramai kakitangan pusat itu meninggalkan negara itu sejak permulaan krisis bersama keluarga mereka demi keselamatan diri. - Awani

Artikel Berkaitan: