500 rumah setinggan terbakar di Tawau

Kebakaran memusnahkan kira-kira 500 rumah setinggan di Jalan Apas Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau.
Kebakaran memusnahkan kira-kira 500 rumah setinggan di Jalan Apas Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau.
A
A
A

TAWAU - [DIKEMASKINI] Dianggarkan 500 rumah setinggan dilaporkan musnah dalam kebakaran di Jalan Apas Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, di sini, pada petang Khamis.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Sabah, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang.

Katanya, seramai 49 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dikejar ke lokasi dengan dibantu BBP Semporna dan pasukan Bomba Komuniti Kampung Kitingan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

"Kebakaran melibatkan dianggarkan 500 rumah setinggan jenis tidak kekal dan sehingga kini, pasukan bomba masih melakukan operasi mengawal serta memadam kebakaran menggunakan sumber air terbuka.

"Tiada mangsa dilaporkan cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini," katanya dalam kenyataan.

Artikel Berkaitan: