Jenazah Mohd Haziq selamat dikebumi

Mohd Haziq Mohd Tarmizi
Mohd Haziq Mohd Tarmizi
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Jenazah Allahyarham Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun selamat dikebumikan di Memorial Park Cemetery Bromley di Linwood, Christchurh selepas Zohor waktu tempatan, hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, bapa arwah, Mohd Tarmizi Shuib, 42, yang cedera dalam kejadian serangan pengganas sebelum ini turut hadir mengiringi jenazah anak lelakinya.

Majlis pengebumian itu dihadiri ratusan orang awam dari Malaysia, Afghanistan dan Iran.

Ibu dan kakak arwah Mohd Haziq dilaporkan telah membuat keputusan untuk tidak berada di tempat pengebumian sebaliknya hanya berada di rumah kerana ingin bersendirian dan memilih untuk menziarahi pusara anaknya pada waktu lain.

Suruhanjaya Tinggi New Zealand, meminta semua pihak agar menghormati privasi keluarga arwah mangsa dan tidak bersikap keterlaluan dalam mendapatkan maklumat buat masa ini.

Mohd Haziq merupakan antara 50 mangsa yang terkorban selepas tragedi serangan pengganas yang berlaku di Masjid Al-Noor di Deans Ave pada Jumaat lalu.

Remaja itu disahkan terkorban selepas hampir seminggu hilang selepas serangan tersebut.

Dalam kejadian itu, Mohd Haziq bersama adik, Mohd Haris, 12 tahun dan bapanya sedang solat Jumaat sebelum serangan itu berlaku.

Artikel Berkaitan:

Bapa dan adiknya sempat menyelamatkan diri.