Stor simpan simen tanpa lesen diserbu

Pegawai KPDNHEP Perak menjalankan pemeriksaan sebuah premis yang menyimpan simen tanpa lesen sah di Ipoh. - Foto ihsan KPDNHEP Perak
Pegawai KPDNHEP Perak menjalankan pemeriksaan sebuah premis yang menyimpan simen tanpa lesen sah di Ipoh. - Foto ihsan KPDNHEP Perak
A
A
A

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menyerbu sebuah stor yang menyimpan simen tanpa lesen sah di Kawasan Perindustrian Pinggir Bercham di sini, pada Rabu.

Serbuan oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP sekitar jam 3 petang itu dilakukan berdasarkan maklumat risikan yang dijalankan selama seminggu.

Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, hasil pemeriksaan berjaya menemukan 376,000 kilogram (kg) simen tanpa lesen sah bernilai RM108,288.

"Ketika serbuan dijalankan, pasukan menemui seorang lelaki berusia 49 tahun yang mengaku bertanggungjawab di premis berkenaan.

"Pemilik premis juga turut ditahan untuk siasatan dan kes disiasat di bawah subseksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, pengusaha atau syarikat yang berniaga barang kawalan dinasihatkan perlu mempunyai lesen dan mematuhi semua syarat-syarat lesen yang ditetapkan Pengawal Bekalan.

Artikel Berkaitan: