Liverpool tenggelamkan Arsenal di Emirates

Antara aksi menarik perlawanan Arsenal menentang Liverpool dalam saingan liga di Emirates.
Antara aksi menarik perlawanan Arsenal menentang Liverpool dalam saingan liga di Emirates.
A
A
A

PENCABAR kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool memerlukan persembahan bertenaga pada babak kedua untuk menjinakkan Arsenal 2-0 dalam aksi di Stadium Emirates, pada Khamis.

Dua gol Diogo Jota (54') dan Roberto Firmino (62') sudah cukup membolehkan The Reds melakar kemenangan ke-21 liga sekali gus dipisahkan satu mata di belakang penyandang juara Manchester City (70 mata) selepas kedua-dua pasukan mengharungi 29 perlawanan liga.

Sesungguhnya skuad kendalian Jurgen Klopp mengambil kesempatan daripada keputusan seri tanpa jaringan angkatan Pep Guardiola menentang Crystal Palace di Selhurst Park sebelum ini.

Arsenal dipacu Mikel Arteta memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri memberi tekanan kepada Liverpool, namun kecemerlangan Alisson Becker di gawang menafikan deretan percubaan termasuk menafikan penyudah Martin Odegaard.

Setelah ketinggalan 14 mata di belakang Manchester City pada 15 Januari lalu, Liverpool berada kedudukan selesa apabila berjaya melepasi halangan besar The Gunners untuk pemburuan kejuaraan liga kedua dalam tempoh dua tahun.

Kemenangan Liverpool ke atas kelab Watford pada 2 April ini akan menjadi pentas untuk pertembungan bukan-biasa dengan jentera Guardiola di Stadium Etihad pada 10 April depan.


KEPUTUSAN

Arsenal 0-2 Liverpool

Artikel Berkaitan:

Brighton 0-2 Tottenham