Seluruh England: Yew Sin-Ee Yi lepasi ranjau Hemming-Stallwood

Yew Sin-Ee Yi
Yew Sin-Ee Yi
A
A
A

BEREGU lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memulakan kempen Kejohanan Seluruh England 2022 dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua di Birmingham, England pada Rabu.

Tampil dengan momentum pilihan kelapan Yew Sin-Ee Yi tidak menghadapi masalah melepasi halangan pembukaan di Arena Utilita apabila menewaskan pasangan tuan rumah, Callum Hemming-Steven Stallwood 21-14, 21-12.

Pemenang pingat gangsa Kejuaraan Dunia 2021 akan menentang pemenang antara Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dan Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan dalam pusingan kedua esok.

Artikel Berkaitan: