Dua lelaki tempatan ditahan bersama 50.40 gram dadah

No Image Caption
A
A
A

MIRI - Dua lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 50.40 gram pada Selasa.

Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Kelulit, Jalan Persisiran Pantai, Sibuti di Bekenu pada jam 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawar berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Miri yang membuat penahanan itu telah menemukan dan merampas satu plastik berwarna hitam mengandungi satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM5,050.

"Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Subis untuk permohonan reman dan mahkamah membenarkan mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Manurutnya, ujian saringan mendapati lelaki pertama yang bekerja sebagai operator kilang positif dadah jenis ganja THC atau tetra hydrocannibol manakala lelaki kedua yang merupakan penganggur didapati negatif. - Bernama

Artikel Berkaitan: