Denggi meningkat di Selangor, Petaling catat kes tertinggi

Siti Mariah
Siti Mariah
A
A
A

SHAH ALAM - Demam denggi di Selangor meningkat sebanyak 1,112 kes iaitu 35.9 peratus dari minggu sembilan epid tahun 2021 hingga setakat 5 Mac lalu.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, daerah Petaling mencatatkan kumulatif kes demam denggi tertinggi di Selangor iaitu sebanyak 1,460 kes diikuti Hulu Langat (1,074) dan Klang sebanyak 886 kes.

"Daripada analisis situasi semasa kes denggi yang didaftarkan sehingga minggu epid sembilan pada tahun 2022, didapati kes meningkat berbanding tempoh minggu epid yang sama tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak 35.9 peratus iaitu 1,112 kes," katanya ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Dewan Negeri Selangor, pada Rabu.

Dalam pada itu, Siti Mariah memaklumkan kerajaan Selangor menempatkan 3,817 orang sukarelawan dalam Pasukan Communication for Behavioural Impact (Combi) Selangor untuk mengawal dan mencegah penularan penyakit melalui pemerkasaan komuniti.

Kata Siti Mariah, pasukan tersebut dilatih di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ditempatkan di 464 lokaliti di Selangor untuk merancang aktiviti pencegahan dan mengekang pelbagai penyakit seperti demam denggi, malaria sertalain-lain penyakit seperti Covid-19.

"Sukarelawan COMBI yang dilantik dari kalangan warga di komuniti dilatih untuk menyampaikan mesej berkaitan pencegahan dan kawalan demam denggi kepada ahli komuniti yang lain.

"Penglibatan komuniti dalam program ini banyak memberi kesan dalam membantu pihak KKM mengawal wabak denggi di Selangor," katanya.

Artikel Berkaitan: