Jangan panik jika terdengar siren amaran tsunami di Besut

Makluman berhubung ujian siren tsunami dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut pada Rabu.
Makluman berhubung ujian siren tsunami dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut pada Rabu.
A
A
A

BESUT - Penduduk di daerah ini diminta tidak panik jika terdengar siren amaran tsunami kerana ia adalah sebahagian daripada pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, ujian itu dijangka akan dijalankan di sekitar Pejabat Perikanan Daerah Besut pada Rabu.

Katanya, siren itu dipasang di lokasi berkenaan di mana proses pengujian dijadualkan berlangsung selama dua jam bermula jam 3 hingga 5 petang.

"Masyarakat dinasihatkan untuk tidak panik kerana ia adalah satu bentuk ujian sahaja.

"Jika berlaku sebarang pindaan, pihak MetMalaysia akan memaklumkan dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.

Artikel Berkaitan: