Editor Rusia protes perang Ukraine di TV didenda RM1,163

Imej menunjukkan seorang editor, Marina Ovsyannikova (berdiri di belakang pembaca berita) memegang plakad bagi menentang perang Ukraine di Rusia pada Isnin lalu. - Foto AFP
Imej menunjukkan seorang editor, Marina Ovsyannikova (berdiri di belakang pembaca berita) memegang plakad bagi menentang perang Ukraine di Rusia pada Isnin lalu. - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Seorang editor wanita Rusia yang melakukan protes bagi menentang tindakan ketenteraan Moscow di Ukraine secara bersendirian di belakang seorang pembaca berita ketika satu siaran berita perdana di televisyen didenda sebanyak 30,000 rubel (RM1,162), pada Selasa.

Seorang hakim di mahkamah daerah Ostankino di Moscow memerintahkan editor televisyen itu, Marina Ovsyannikova membayar denda tersebut setelah dia bertindak memasuki sebuah bilik penyiaran berita yang disiarkan pada Isnin.

Dia memegang plakard tertulis ayat 'No War' atau tiada peperangan dalam bahasa Melayu dan berdiri di belakang seorang pembaca berita wanita yang sedang membaca berita semasa dalam siaran secara langsung.

Siaran berita itu dilaporkan mempunyai penonton yang agak ramai.

Ibu kepada dua orang anak itu didapati bersalah kerana mendesak penduduk Rusia supaya menyertai tunjuk perasaan bagi menentang peperangan.

Namun, dia tidak dikenakan sebarang tuduhan kerana mengganggu siaran berita tersebut.

Menurut AFP, Ovsyannikova mengaku tidak bersalah di mahkamah dengan menyatakan: "Saya masih yakin bahawa Rusia melakukan kejahatan".

"Ini adalah hari-hari yang sangat sukar dalam hidup saya," katanya kepada wartawan setelah keputusan mahkamah diputuskan.

Artikel Berkaitan:

Wanita itu turut menyatakan bahawa dia telah disoal lebih 14 jam oleh pihak berkuasa Rusia berhubung tindakannya itu. - Agensi