9 kenderaan terbakar, polis tunggu laporan bomba

Kenderaan yang musnah dalam kebakaran di kawasan tempat letak kereta di Damansara Kim Wisma TA SS 20/20, Damansara pada petang Selasa.
Kenderaan yang musnah dalam kebakaran di kawasan tempat letak kereta di Damansara Kim Wisma TA SS 20/20, Damansara pada petang Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian kebakaran melibatkan sembilan kenderaan di kawasan parkir Damansara Kim Wisma TA SS 20/20, Damansara di sini pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya sedang menunggu laporan forensik daripada bomba untuk mengetahui punca kebakaran.

"Kertas siasatan jenayah akan dibuka sekiranya laporan forensik bomba mengesahkan terdapat unsur khianat dalam kejadian ini.

"Polis memohon sesiapa yang melihat kejadian tampil membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Selasa, suasana gempar di sekitar kawasan parkir Damansara Kim Wisma TA SS 20/20, Damansara di sini apabila sembilan buah kenderaan terbakar dalam kejadian petang tadi.

Kejadian disedari orang awam di lokasi kejadian kira-kira jam 4 petang.

Artikel Berkaitan: