Dua wanita dicekup melacur di rumah

Dua wanita disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran ditahan di Taman Usahawan Kepong pada Isnin.
Dua wanita disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran ditahan di Taman Usahawan Kepong pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Taktik sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik rumah persendirian terbongkar apabila diserbu sepasukan anggota polis di Taman Usahawan Kepong di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menahan dua wanita warga asing berusia 33 dan 34 tahun dalam serbuan pada jam 10.55 malam.

"Siasatan awal mendapati mereka dipercayai telah beroperasi sejak empat bulan lalu dengan menjadikan kediaman tersebut untuk melakukan aktiviti pelacuran," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Eng Lai berkata, pihaknya merampas wang tunai RM170, dua helai tuala mandi, dua telefon bimbit, kondom, minyak urut dan minyak pelincir.

"Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Beliau berkata, polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak terlibat di dalam aktiviti yang kurang sihat seperti itu.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-40482206," katanya.

Artikel Berkaitan: