Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor

A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi sah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Johor ke-19.

Onn Hafiz yang juga bekas Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini petang Selasa.

Perkara tersebut disiarkan di laman Facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dan Pengerusi BN dan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Onn Hafiz yang merupakan cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor.

Onn Hafiz menerima surat tauliah pelantikan jawatan Menteri Besar Johor di Istana Bukit Serene pada Selasa. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Onn Hafiz menerima surat tauliah pelantikan jawatan Menteri Besar Johor di Istana Bukit Serene pada Selasa. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar dengan mencatatkan kejayaan dua pertiga apabila memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 kerusi.

Onn Hafiz menang pada PRN Johor di kerusi DUN Machap yang menyaksikan pertembungan antara calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Artikel Berkaitan:

Onn Hafiz melafazkan sumpah menyandang jawatan Menteri Besar Johor di Istana Bukit Serene pada Selasa. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Onn Hafiz melafazkan sumpah menyandang jawatan Menteri Besar Johor di Istana Bukit Serene pada Selasa. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar