Pas akan terus bersama PN santuni rakyat

Idris (kiri) beramah mesra bersama pemain pasukan Capkaw FC, Muhammad Shahfike Sahar, 22, ketika hadir di Pertandingan Futsal Piala Datuk Idris Ahmad 2022 di Pusat Futsal Fame pada Ahad. - Foto Bernama
Idris (kiri) beramah mesra bersama pemain pasukan Capkaw FC, Muhammad Shahfike Sahar, 22, ketika hadir di Pertandingan Futsal Piala Datuk Idris Ahmad 2022 di Pusat Futsal Fame pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

BUKIT GANTANG - Pas akan terus bersama Perikatan Nasional (PN) menyantuni rakyat sambil berlapang dada dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam, kata Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad.

Beliau berkata, walaupun PN hanya memenangi tiga kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Maharani dan Endau, gabungan tersebut akan terus bersama-sama menyuburkan konsep perpaduan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

"Jangan diukur keputusan pada PRN Melaka dan Johor. Kita baru lagi bersama. Kita terima kekalahan dan akan sediakan satu perancangan untuk bergerak ke hadapan menghadapi PRU15. Apa yang penting adalah perpaduan," katanya selepas menyampaikan hadiah pertandingan futsal Parlimen Bukit Gantang di sini pada Ahad..

Pada PRN Johor, Barisan Nasional menang 40 daripada 56 kerusi DUN, diikuti Pakatan Harapan (11), PN (tiga), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (satu) dan Parti Keadilan Rakyat (satu).

Dalam pada itu, Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, para agamawan termasuk ustaz diminta menyebar luas kepentingan mengambil vaksin melalui kuliah dan ceramah bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

"Pas bukan cakap mengenai agama Islam sahaja tetapi juga berkaitan kesihatan kerana ia sebahagian daripada Islam. Kalau kita sakit kita kena cari ubat, penawar. Begitu juga untuk melawan mitos, kita kena bercakap menggunakan fakta kenapa pentingnya mengambil vaksin melalui kuliah dan ceramah," katanya. - Bernama


Dapatkan keputusan #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: