Skuad Sukarelawan IKMa bantu mangsa banjir

Mohammed (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir.
Mohammed (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir.
A
A
A

SHAH ALAM - Institut Koperasi Malaysia (IKMa) melalui program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Hulu Terengganu, Terengganu, baru-baru ini.

IKMa dalam satu kenyataan berkata, melalui program IKMa Prihatin: Misi Bantuan Banjir Skuad Sukarelawan IKMa telah membantu mangsa yang terlibat dengan bencana banjir dan memberikan sumbangan yang sewajarnya.“IKMa juga turun padang melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terjejas teruk.

“Pada kali ini Skuad Sukarelawan IKMa dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) telah membersihkan Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang yang dinaiki air sedalam empat meter,” jelas kenyataan itu pada Khamis.

Beberapa sukarelawan sedang membersihkan kawasan yang terkesan banjir.
Beberapa sukarelawan sedang membersihkan kawasan yang terkesan banjir.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan IKMa, Hamidah Mohd Jos telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir dalam satu majlis yang diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu, Kuala Berang.

Turut hadir mewakili Angkasa ialah Pengerusi Angkasa Negeri Terengganu, Mohammed Yusoff dan Pengarah IKMa Zon Timur, Haslinda Sujak.

Menurut kenyataan itu, IKMa telah berkerjasama dengan Angkasa yang turut sama membantu mengurus dan menyelaraskan bantuan pembersihan serta barangan sumbangan kepada mangsa banjir yang terlibat.

Artikel Berkaitan:

Hamidah (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir dalam satu majlis yang diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu.
Hamidah (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir dalam satu majlis yang diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu.

“Pengagihan bantuan dan sumbangan ini selaras dengan panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Setiap keluarga mangsa banjir telah menerima sumbangan kit bantuan banjir berbentuk pemberian barangan keperluan harian dan makanan,” kata kenyataan itu.

Skuad Sukarelawan IKMa bergambar kenangan
Skuad Sukarelawan IKMa bergambar kenangan

Selain Hulu Terengganu, Skuad Sukarelawan IKMa juga membantu mangsa banjir di beberapa lokasi di seluruh negara.

IKMa sentiasa prihatin serta menyokong usaha kerajaan dalam membantu menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir yang memerlukan.

IKMa juga berharap sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.