Kemenangan BN motivasi hadapi PRU15: Ahmad Said

Ahmad Said
Ahmad Said
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kemenangan besar diperoleh Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan motivasi kepada parti itu untuk bekerja lebih keras menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau merakamkan penghargaan terhadap seluruh jentera BN khususnya dari Terengganu yang bekerja keras membantu kempen calon BN sepanjang tempoh dua minggu ini.

"Syukur dengan berkat doa dan usaha semua pihak membantu dalam kemenangan BN kali ini.

"Sudah pasti keputusan membanggakan ini akan memberi motivasi terbaik kepada BN dalam menghadapi PRU15 nanti, " katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya, malam tadi.

Dalam pada itu, Ahmad turut menyatakan rasa berpuas hati kerana empat kerusi DUN Johor di bawah seliaan UMNO Terengganu kekal milik Barisan Nasional (BN).

"Kemenangan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah seliaan BN Terengganu iaitu Sedili, Johor Lama, Penawar dan Tanjung Surat yang kekal milik BN menjadi satu pencapaian manis buat UMNO Terengganu," katanya.

BN membentuk kerajaan Johor setelah memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN dalam PRN, pada Sabtu.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemenangan BN itu menunjukkan referendum rakyat yang mahukan kestabilan dan pembangunan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, Johor menjadi kebangkitan semula dan pemangkin untuk pembangunan Malaysia.


Dapatkan keputusan #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my